Tempoh Kempen:
1 Oktober 2025, jam 12.00 tengah malam hingga 31 Disember 2025, jam 11.59 malam
Rasai sendiri pengalaman memandu kenderaan Proton dan rebut peluang memenangi hadiah-hadiah menarik dengan jumlah keseluruhan bernilai sehingga RM602,300*. Tempah sesi pandu uji hari ini dan alami pengalaman Proton dengan cara yang berbeza.
Kelayakan Penyertaan
Kempen ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia, termasuk warganegara dan bukan warganegara, yang memiliki Kad Pengenalan sah (bagi rakyat Malaysia) atau pasport sah (bagi bukan warganegara), serta mempunyai akaun bank yang sah.
Individu berikut tidak layak menyertai kempen ini:
- Pekerja penganjur termasuk syarikat berkaitan dan anak syarikat
- Ahli keluarga terdekat pekerja penganjur (pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik)
Cara Penyertaan
Untuk menyertai kempen ini, peserta perlu melengkapkan langkah-langkah berikut dalam tempoh kempen:
- Mengunjungi mana-mana bilik pameran PROTON yang sah dan membuat pandu uji bagi model petrol PROTON semasa
- Pihak cawangan akan mengambil gambar atau video peserta bersama kenderaan pandu uji dan papan kempen
- Gambar atau video tersebut akan dimuat naik oleh pihak cawangan di laman Facebook rasmi mereka bersama kapsyen ringkas pengalaman pandu uji dan tanda pagar #WinKawKaw
PROTON akan mengadakan sesi siaran langsung bulanan untuk memilih pemenang hadiah iPhone 17 daripada penyertaan peserta yang telah mendaftarkan kenderaan.
Untuk menebus hadiah iPhone 17, pemenang perlu merakam video testimoni ringkas yang positif mengenai model Proton yang dibeli, menggunakan tanda pagar #WinKawKaw, menandakan akaun @ProtonCarsOfficial dan membenarkan video tersebut dimuat naik oleh pihak cawangan di platform media sosial mereka.
Pemenang iPhone 17 bulanan akan layak secara automatik untuk menyertai Cabutan Hadiah Utama bagi memenangi sebuah kereta Proton baharu.
Hadiah Kempen
Hadiah Cabutan Bulanan:
- Telefon pintar iPhone 17 bernilai RM3,999 seunit
Hadiah Cabutan Utama:
- Hadiah Pertama: All-New Proton X50 Executive bernilai RM89,800 (1 pemenang)
- Hadiah Kedua: Proton S70 Executive bernilai RM73,800 (1 pemenang)
- Hadiah Ketiga: Proton Saga Standard AT bernilai RM38,800 (1 pemenang)
Jumlah keseluruhan nilai hadiah kempen adalah RM602,300*.
Pusingan Penyertaan Bulanan:
- Pusingan 1: 1 Oktober hingga 31 Oktober 2025 (35 unit)
- Pusingan 2: 1 November hingga 30 November 2025 (35 unit)
- Pusingan 3: 1 Disember hingga 31 Disember 2025 (30 unit)
Pemilihan & Pengumuman Pemenang
Pemenang akan dipilih melalui sesi cabutan bertuah secara langsung di laman Facebook rasmi Proton Cars bagi hadiah bulanan dan hadiah utama.
Semua pemenang akan dimaklumkan secara rasmi melalui e-mel dan panggilan telefon. Pihak penganjur akan mengesahkan maklumat pemenang sebelum hadiah diagihkan. Hadiah akan diserahkan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas pengumuman pemenang terakhir.
Tertakluk kepada terma dan syarat.



