Proton Tawar Kad Minyak RM500 Percuma Jika Anda Beli Kereta Untuk Tujuan E-Hailing, Sehingga 31 Dis 2020

4.7/5 - (12 votes)

Table of Contents

Sebagai salah satu cara untuk menggalakkan mereka yang berkecimpung dalam industri e-hailing untuk menggunakan kereta dari jenama mereka, Proton kini menawarkan kad minyak Petronas bernilai RM500 untuk pembeli kereta baharu yang mahu menggunakan kereta tersebut bagi tujuan digunakan untuk khidmat e-hailing.

Manfaat ini diberikan untuk kesemua barisan model Proton termasuk Proton PersonaIrizExoraSaga atau Proton X70. Sekiranya pembeli tidak mahu kad minyak berkenaan, mereka turut boleh menukarnya dengan potongan harga kereta dalam nilai yang sama iaitu RM500.

Selain daripada kad hadiah ini, potongan harga tambahan turut ditawarkan bagi model terpilih, dari RM300 hingga RM1,500. Promosi ini akan berlangsung hingga 31 Disember 2020 dan turut terbuka untuk individu yang ingin membeli kereta bagi tujuan sama iaitu e-hailing oleh pemandu yang berbeza.

Bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan berkenaan, anda hanya memerlukan Surat Persetujuan yang menyatakan tujuan pembelian serta nama penuh, nombor kad pengenalan dan salinan lesen e-haling pemandu tersebut.

“Kami ingin memudahkan mana-mana individu yang ingin membeli kereta Proton bagi tujuan e-hailing. Oleh itu, sekiranya pembeli kereta adalah isteri dan pemandunya adalah suaminya, kami hanya memerlukan dokumen untuk pengesahan bagi meluluskan pembelian,” kata Fazli Hisham Shukor, Ketua Jualan Korporat, Proton Edar.

Sumber : Paultan

4.7/5 - (12 votes)

Artikel berkaitan